Angkatan dalam PPKI SMKSP 2012
Penolong Kanan : 1 orang
Guru : 10 orang
Pelajar : 50 orang
PPM : 4 orang

Sunday, 9 December 2012

SeJaRaH PPKI SMK SERI PERAK, PARIT BUNTAR


 “Pendidikan Untuk Semua” menjadi  pemangkin kepada penubuhan Program Integrasi Pendidikan Khas (PPKI) di SMK Seri Perak. PPKI di sekolah ini dibuka secara rasminya pada 3 April 2006 dengan bilangan pelajar seramai 3 orang dan dikendalikan oleh dua orang guru. 

Di atas keprihatinan pihak pentadbir sekolah, ruang dewan sekolah SMK Seri Perak telah dibuat pengubahsuaian dan dinaiktaraf menjadi kelas untuk pendidikan khas. Manakala bengkel Pendidikan Khas telah dibina pada tahun 2007 untuk kegunaan aktiviti pendidikan khas daerah tetapi bengkel tersebut telah diserahkan sepenuhnya untuk PPKI SMK Seri Perak. 

 Kini bilangan pelajar  telah meningkat kepada 50 orang dan dikendalikan oleh seorang penolong kanan, 10 orang tenaga pengajar dan dibantu oleh 4 orang pembantu pengurusan murid.